Thursday 15 May 2014

Wuaaa, takottt!

Next week, 19, 20, 21 May 2014 adalah tarikh berhantu bagi aku. Ketaq siot nak exam.
Aku, macam besala, study last minute punya style. Tu yang ketaq semacam tu, walaupun exam sem ni 3 paper ja.
Tapi kalau pikiaq-pikiaq balik, exam kali ni paling senang nak score. Why? Cuba tengok dua subjek ni. Teaching Listening and Speaking in the Primary Classroom dengan Teaching Reading and Vocabulary in the Primary Classroom is actually benda yang sama ja content dia. Dia cuma dua subjek yang ajaq learning skill yang diasingkan untuk kita lebih paham in detail. Basically dalam English learning ada 3 basic skills which are listening n speaking, writing and reading. Thus, suma skills ni berkaitan antara satu sama lain dan topic yang belajaq pon sama. Contohnya, lesson planning, criteria for text adaptation, criteria for text selection, test. Point dia suma sama ja dua-dua subjek ni. Cuma contoh la berbeza ikut skill tu. So, study lah dengan bijaknya, nescaya kita akan pandai modify jawapan exam nanti.
Dah la, nak pi hambek notes Edu kat Murni. Nak potostat. Besa la, last minute punya kerja, nak exam minggu depan, nota baru nak potostat ari ni. Kehkeh.
P/S - study jangan stress. Kadang-kadang kita kena reward diri kita jugak lepas penat study utk motivate lagi diri kita. Macam aku, aku suka tengok movie. So, aku tetapkan syarat, kalo dah study half topic dalam satu subjek, boleh tengok satu movie. So, aku secara xlangsungnya xkan berlembik-lembik or bermalas-malasan la nak pulun kan. Hewhew. Xpa, baca ja suma bagi habis, hafal xhafal belakang kira. Sebab time exam ni, otak kita secara xlangsung akan cuba memproses prior knowledge and background knowledge kita in order to search for answers. So, kalo kita baca tak habis, mana nak ada prior knowledge ye dok?

Tuesday 13 May 2014

Boleh slim ke ni?

Azam nak kurus ni sebenaqnya dah lama, di tambah pulak dengan cacian nista member2 dan laki gua yang kerapkali memanggil gua boroi. Xguna punya manusia, xsupportive langsung!

Lalu kali ni, dengan azam yang sama seperti azam2 lepas, gua nak pastikan yang hasrat kali ni x tersasar!

Seriously penuh dalam handphone aku ni apps2 diet n tips2 kurus n senaman. Tapi tau2 ja lah, mana nak ada masa nak buat semua tu. Tambah pulak kita ni duduk hostel, memang malas la nak bli buah2, sayoq2 bagai. Bukan ada fridge pon nak simpan. Boh lam almari, mau berkulat sok lusa. Senaman? Lagi le malas, nak kena turun bawah panaih2 g. Ha, nampak dak attitude aku cemna? Patutla boroi, alasan berkilo-kilo.

Tapi xpa. Kali ni aku jumpa satu apps kat Google Play, nama dia Noom Weight Loss Coach. Satu benda yang buat aku suka gila kat apps ni ialah dia tolong kira kalori yang kita consume in every meal. Cuma log in ja hang makan natang pa, nanti dia kira. Dia set kita punya kalori limit based on berapa berat yang kita nak. Lagi satu, kita boleh makan apa yang kita suka asalkan xlebih kuota kalori untuk sehari tu. Contohnya aku punya kuota kalori dia bg 1200kcal per day. Maksudnya makan la apa pun janji xlebih 1200kcal. Tapi nasihat dia bg, makan sayoq n buah banyak sebab kalori dia sikit ja. Kalo makan KFC, makan snack plate pun dah abih kuota sehari. Lagi satu! Apps ni xberapa nak tekankan mengenai exercise. Bayangkan, kita makan satu cupcake, kalori dia 400kcal! Kita kena lari 4 batu untuk hapuskan kalori tu. So, apps ni berpendapat lebih baik kita control kuantiti kalori. Untuk manusia normal dia perlu 2000kcal approximately lah kan. Kalo kita takes only 1200kcal per day, automatically kita akan lose weight without exercising. Hehe, ni yang aku suka ni. Seswai sangat apps ni dengan aku. Kehkeh!

Friday 10 January 2014

Thursday 14 February 2013

Alhamdulillah!

Aku tak suka cerita banyak-banyak. Cuma nak state kat sini yang aku luluih test JPJ. Walawehhhh, boleh pi berjimba la aku minggu depan. Elaun masuk riban-riban.

Saturday 26 January 2013

Stress!


 You gonna fail bebeh! Sure lah! Ish,tengok gaya pun tau lah!
   Ni lah suara hati aku sekarang ni. Serabut wehhhh! (gelek gaya Dik Wani Dangdut sikit!). Ish, aku cukup xsuka, fobia bila nak kena test moto ni. Aku bukan nya tak reti naik moto (serius aku reti naik moto ok.), tapi sejarah kegagalan aku time QTI and JPJ buat aku jadi fobia dan trauma. Aku trauma aku gagal lagi.

  Dan disebabkan kefobiaan aku terhadap test moto, atau yang lebih detail nya part yang orang naik titi tuu, aku jadi takut nak bawak moto ataih jalan. Bukan sebab aku loser ok!

  Oleh kerana x mau digelar loser, aku beranikan diri nak repeat test JPJ aku, bukan sebab nak sangat pun, tapi lebih kepada terpaksa, sebab lesen aku nak expired dah. Kalau tak lulus jugak, means aku kena bayaq dari awal balik la kalau nak lesen. Bab-bab duit ni, aku tak boleh buat main, fobia ka, trauma ka, aku letak belakang, janji duit aku selamat. Betapa mata duitan nya aku. MashaAllah!

  Eh, Maghrib masuk dah la! Ish,kena pi semayang, pahtu doa banyak-banyak bagi LULUS JPJ! Aminnnn~

Wednesday 9 January 2013

Padang Besaq Trip



        Cuti semester lepas, memba-memba sama spesies dengan aku selalu plan nak pi merata. Tapi, saaaaaaaaaaaaaaatttuuuuuuuuuuu pun xjadiiiii. Biasala, anak-anak gadis ni, memang susah sikit mak ayah nak lepas pi berjalan jauh-jauh.

          At last, berjaya jugak pujuk mak ayah untuk bagi kitaorang keluar pi berjimba cuti2 ni. Pi pun PADANG BESAQ jaaaaaa. Loser gilaaaaaaaaaaaaaaa. Ah, takpa-takpa,janji dapat la jugak kuaq rumah sat daripada dok kumpoi lemak.

Muka eksaited dapat jumpa memba!
        Alang-alang pi Perlis tuu, memang tak sah kalau tak pi Gua Kelam. So,pakat pi berjimba kat sana dulu sebelum nak bersyopping kat Padang Besaqqqq.

Murren,Yunt,Fakhira,Deebo

Alaaaa,lupa pulok nak amik gambaq dekat Padang Besaq. Tapi memang borong banyak barang la Yunt nihhhh. Mentang-mentang elaun baru masuk time tuu.

Dah la, malaih pulak nak tulis banyak-banyak. Hewhew. Baibai.

Wednesday 2 January 2013

Kekayaan Dunia


"Aku kaya! Aku kaya!"

    Ah! Ini statement biasa student IPG (maktab perguruan) bila masuk tempoh peralihan daripada foundation (tapi kat sini panggil PPISMP) ke degree programme (PISMP). Mana tak nya, elaun kalo zaman bujang manja-manja, auw-auw foundation dulu dapat sebulan RM 435,kini telah bertukar angka menjadi RM 4000++ untuk satu semester tak termasuk elaun tesis, elaun perkakas, elaun buku lagi. Banyak woi!
   Tapi, mungkin setengah-setengah orang akan cakap,  "Hemboiii,kami ngaji Universiti XX xde pun elaun2 ni,xbersyukur la korang ni!"kata seorang student U. Ok, memang la bersyukur,tapi bila compare dengan elaun degree,perasaan kesyukuran yang wujud sejak awal kemasukan ke foundation programme terus lenyap. Dan diganti pula dengan perasaan tamak haloba,nista,durjana, takbur dan sebagainya.
   Aku yakin dan pasti,budak-budak yang sama level pemikiran macam aku ni, pasti bersorak dan berjimba di mall-mall yang berdekatan bila elaun degree masuk dalam akaun bank kami. Ah,tika itu, dunia ni, aku yang punya.

Dan hari ini, bermula lah detik aku di naiktarafkan daripada budak hingusan foundation kepada gadis cantik degree (ewahh! zapin sikit u all!). Huhu!